Ringgit ditutup rendah semula apabila permintaan terhadap dolar yang kukuh terus mendominasi di tengah-tengah kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat jawatankuasa pasaran terbuka persekutuan dan kerisauan yang semakin meningkat terhadap risiko pertumbuhan China.
Ketidaktentuan dalam pasaran minyak yang menyebabkan harga tersekat pada US$100 setong turut menjejaskan mata wang tempatan.